Cara Memilih Langsir Rumah Paling Cantik

14:14

5 Tips Memilih Langsir Untuk Rumah yang dikongsikan dibawah ini boleh dijadikan panduan bila ingin membeli langsir baru. .


1) Bajet – Sebelum keluar membeli langsir, anda kena pastikan dulu berapa bajet anda. Jika bajet anda besar, maka anda boleh memilih langsir yang lebih berkualiti sebaliknya jika bajet anda kecil, pilih kain langsir yang harganya berpatutan. Harga kain langsir akan bergantung pada jenis fabrik, kualiti dan ketebalan. 
2) Ambil Ukuran – Sebelum membeli langsir, anda perlu mengambil ukuran tingkap atau pintu. Ambil ukuran tinggi dan lebar. 
3) Jenis Fabrik – Suasana dan pencahayaan bilik perlu diambil kira bila memilih jenis fabrik yang sesuai. Fabrik yang tebal akan membuatkan sesebuah ruang kelihatan lebih gelap jika bilik tersebut mendapat pencahayaan dari luar. Manakala fabrik langsir yang nipis lebih sesuai digantung di bilik tamu atau bilik makan..dimana ruangnya perlukan pencahayaan yang lebih terang.
4) Pemilihan Warna Dan Corak –  Warna dan corak pada fabrik langsir juga memainkan peranan dalam menentukan tarikan pada susun atur dekorasi. Sekiranya anda ingin ruang bilik kelihatan luas dan ceria, eloklah memilih warna langsir yang lebih cerah dan corak yang ringkas agar tidak kelihatan sarat. Manakala jika ingin suasana yang agak malap, seperti dalam kamar tidur, pilihlah langsir yang lebih gelap.
5) Jahitan Dan Potongan Langsir – Selepas membeli fabrik langsir, anda perlu fikirkan pula tentang potongan dan jahitan langsir tersebut.  Ataupun mengupah mereka yang profesional untuk menjahit. Berbalik kepada bajet, jika bajet anda kecil, lebih elok rasanya kalau anda menjahit sendiri. Bukan susah nak belajar menjahit, ada banyak informasi di internet ataupun anda boleh dapatkan ebook atau buku yang mengajar cara-cara menjahit langsir. 
Semoga tips-tips memilih langsir ini dapat membantu anda membuat pilihan fabrik, corak dan warna langsir yang tepat dan menceriakan kediaman anda.

Artikel: Halwanita.com 
#panduanmemilihlangsir #tukangjahitpukal #servisjahitpukal #jahitpukalselayang



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

https://www.facebook.com/saujanatailors/

Flickr Images